20.9.11

Muffin Jus Buah


Bahan-bahan ( 16 biji )

  • 2 cawan self-raising flour
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam (xletak pun xpe)
  • 1/2-2/3 cawan gula pasir
  • 1 biji telur gred A
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2/3 cawan jus oren peel fresh atau apa2 jus buah, air sunquick pun ok (guna lebihan air sunquick, sirap, nescafe pun ok. tp xjd jus buah la plak :-))

Cara-cara

  1. Semua bahan disatukan dan dipukul hingga kembang. (Jangan pukul terlalu lama nnti muffin jadi keras)
  2. Isikan adunan ke dalam cup muffin dan dibakar selama 15 minit pada suhu 200C.

Kek Coklat Moist




Bahan-bahan ( 1 biji )


Bahan A:
  • 2 1/2 cawan gula perang
  • 1 3/4 cawan self-raising flour
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 camt soda bikarbonat
Bahan B:
  • 2 biji telur
  • 1 camt esen vanila
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air kopi panas tanpa gula
  • 1/2 cawan minyak masak
Topping:
Red guna resipi kat sini.


Cara-cara

  1. Bahan A digaul sebati.
  2. Masukkan telur, gaul rata.
  3. Masukkan vanila, susu segar, air kopi dan minyak, gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dilenser. Adunan agak cair, tapi jangan bimbang, confirm tidak bantat.
  5. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C.
*Kek ni boleh dikukus, bakar dan juga microwave (HIGH-10 minit)

Kek Gula Hangus




Sumber: Widad

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.
Red perap 1 jam dan bakar menggunakan api bawah sahaja.

Kuih Siput Manis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar penuh gula yang telah dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar penuh marjerin
air peti ais secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Tepung gandum, gula dan garam digaul sebati.
2. Masukkan marjerin dan gaul rata sehingga menjadi crumbs.
3. Masukkan air peti ais sedikit demi sedikit.
4. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
5. Cubit doh sekadar saiz hujung jari dan golekkan pada papan acuan siput.
6. Goreng sehingga masak.

Tips menggoreng:
Pastikan minyak betul-betul panas. Kemudian kecilkan api. Masukkan siput ke dalam minyak dan kacau dengan sebatang kayu chopstick. Guna api sederhana untuk menggoreng sehingga hampir keemasan. Kecilkan api semula dan toskan siput tadi. Ulangi langkah ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Salad Buah

Bahan-bahan:
1 tub yogurt nestle perisa buah
buah betik, potong dadu
buah oren, potong dadu
buah mangga, potong dadu
buah epal, potong dadu
ceri untuk hiasan

Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

19.9.11

Puding Roti Lapis




Bahan-bahan: ( 20cm )

  • 6 keping roti (tak kira la bun or roti keping, kalau nak keras lebihkan jumlah roti)
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir (sesuaikan rasa manis mengikut selera)
  • 2 pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam blender sampai sebati.
  2. Bahagikan kepada dua adunan. Letak pewarna pertama. Red guna hijau.
  3. Tuang separuh adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega/marjerin.
  4. Kukus sehingga permukaan puding kelihatan sedikit keras. (dalam 15 minit)
  5. Masukkan pewarna kedua (kuning) ke dalam baki adunan dan diblend sehingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan. Tuang perlahan-lahan supaya lapisan lebih cantik. Kalau tak, puding ni akan jadi marble lak.
  7. Kukus sampai masak.

Heart Egg?


Ni first time try Red wat Heart Egg. Suka tengok benda-benda unik kat internet, bila dah terserempak + ada masa, apa lagi. Red pun godek la buat. Ada chopstick, ada gelang getah dan juga kotak susu segar. Jadi la Heart Egg ni sebagai penyeri nasi lemak di pagi hari. Nanti ada masa Red wat tutorial. Kalau dah teruja nak buat tu, search jer kat Pakcik Google. atau direct je kat link ni k.
http://acidcow.com/pics/17592-how-to-make-a-heart-shaped-hard-boiled-egg-10-pics.html

Kek Donut Hati








Bahan-bahan ( 50 biji lebih )
  • 1/4 cawan marjerin/mentega
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 camt vanilla
  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 camt baking powder
  • 1/2 camt garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Pukul marjerin/mentega dengan gula hingga kembang. Guna mixer utk mix adunan roti.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu dan vanila.
  4. Masukkan bahan-bahan kering, gaul sebati.
  5. Tutup adunan ngan plastic wrap, biarkan lebih kurang 2 jam.
  6. Kemudian canai dan tekap ngan cutter bentuk hati. Tak perlu direhatkan.
  7. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan. Sedap dimakan panas-panas. Nak letak topping pun xpe.

Pindang Tapai


Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin air
1 biji telur
gula secukup rasa
secubit garam
daun pandan
1 camt esen vanila
4-5 ketul tapai ubi

Cara-cara:

1. 7 bahan pertama diadun dalam periuk menggunakan whisk.
2. Masak menggunakan api yang kecil sambil terus mengacau.
3. Masukkan tapai ubi dan tunggu hingga mendidih.
4. Tutup api dan sedia dihidang panas-panas atau sejuk.